Piagam Pelanggan

1. Membangun dan melaksanakan Program Pendidikan Tinggi berkualiti yang memenuhi keperluan industri serta menepati piawaian badan pengiktiraf dan badan profesional

2. Melaksanakan kajian pasaran bagi meneroka keperluan pembangunan program pengajian baharu

3. Mewujudkan rakan industri untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan

4. Menjamin kualiti pendidikan berterusan di IPMA melalui sistem penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Majlis Amanah Rakyat (MARA), badan pengiktiraf dan badan  profesional

5. Melaksanakan program kokurikulum untuk meningkatkan potensi dan bakat pelajar

6. Membangunkan sahsiah pelajar untuk melahirkan graduan yang holistik, mempunyai nilai keusahawanan dan berketrampilan

7. Menyediakan tenaga kerja yang kompeten, berintegriti dan amanah untuk menjamin penyampaian perkhidmatan yang berkualiti

8. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan infostruktur untuk mewujudkan suasana kampus kondusif dan selamat

TOP