KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA

call  09-5736304 / 6346
fax  09-5736423
Email  webmaster@kpmim.edu.my

 

 

Saturday, 23rd September 2017

SEJARAH PENUBUHAN

im3    Kolej Profesional MARA (KPM) atau pada mulanya lebih dikenali sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) telah ditubuhkan pada bulan Mei 1977. Sejak penubuhannya sehingga penghujung bulan Julai 1982, KPM/IPM telah ditempatkan di tingkat 2, Bangunan Sing Hoe Motor, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Jumlah kumpulan pertama pelajarnya hanya 100 orang dengan 4 orang tenaga pengajar.

    Setelah beberapa kali berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, akhirnya pada 1 Jun 1998, KPMKL telah berpindah ke kampus tetapnya di Lot 2333, Mukim Beranang, Jalan Kajang Seremban, Selangor Darul Ehsan.im2 Kampus KPM yang kedua kemudiannya telah dibuka di Melaka dan diikuti pula dengan KPM Indera Mahkota (KPMIM), Kuantan, Pahang Darul Makmur.

    KPMIM menawarkan program pertamanya pada Januari 2001, iaitu Kursus Program Intensif Persediaan (PIP) kepada pelajar yang terpilih untuk mengikuti program Diploma di KPM dan juga pelajar-pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di British-Malaysian Institut. Sehingga kini KPMIM menjalankan kursus Preparatory Intensive Programme (PIP), Diploma in Accountancy (DIA), Diploma in English Communication (DEC), Diploma in Computer Networking (DCN) dan Diploma in Creative Digital Media Production (DCD).

im1.jpg