KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA

call  09-5736304 / 6346
fax  09-5736423
Email  webmaster@kpmim.edu.my

 

 

Thursday, 21st September 2017

KPMIM FAQs

SOALAN YANG SERING DITANYA TENTANG KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA

 

S. Berapa kalikah pengambilan pelajar baru ke Kolej Profesional MARA?

J. 2 kali setahun iaitu sesi Januari dan sesi Julai.

 

S. Bolehkan saya melakukan pendaftaran secara walk in / terbuka?

J. Tidak. Sebarang pendaftaran ke Kolej Profesional adalah bergantung kepada UPIM dan arahan berkaitan dengan bergantung dari Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.

 

S. Bilakah pelajar baru mula menerima elaun?

J. Tiga bulan dari mula tarikh pelajar mendaftar. 

 

S. Urusan pelajar sakit?  

J. Pihak kolej akan menghatar dan mengambil pelajar yang memerlukan rawatan ke hospital/klinik dengan menaiki van kolej.

 

S. Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki dalam surat tawaran?

J. Tidak. Maklumat lanjut berkaitan dengannya hendaklah di ajukan kepada Bahagian Pendidikan Tinggi MARA.

 

S. Klinik Panel penjaga?

J. Pelajar boleh menggunakan klinik panel penjaga dan perlulah memberitahu pihak kolej.  

 

S. Bolehkah kenderaan dibawa?

J. Pelajar-pelajar semester 2 boleh membawa kenderaan. Rujuk peraturan.

 

S. Pertukaran ke Kolej Profesional MARA yang lain?

J. Sebarang pertukaran ke kolej lain, pelajar perlulah mengajukan permohonan itu kepada Pengarah Kolej dan pihak kolej akan memanjangkannya ke Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT)   (bergantung kepada kelulusan BPT)

   *tempoh : 2 minggu bermula dari 12 Julai 2016  

 

S. Pertukaran ke program lain?

  1. Program dalam kolej yang sama.

    2. Program dalam kolej yang berlainan  

J. Permohonan perlulah diajukan kepada pengarah kolej sebelum pihak kolej memanjagkannya kepada ke BPT.

   *tempoh : 2 minggu bermula dari 12 Julai 2016

 

S. Bolehkah saya sebagai pelajar sem 1 tinggal di rumah? (berdekatan dengan kolej)

J. Boleh. Permohonan perlu di ajukan kepada pengarah kolej.  

 

S. Bolehkah saya memohoan bantuan kewangan seperti zakat atau derma siswa?

J. Boleh. Urusan dilakukan oleh pelajar sendiri.  

 

S. Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar baru?

J. Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib, ini termasuklah kepada Ex PIP.  

 

S. Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan saya sebenar tidak memenuhi syarat kemasukkan?  

J. Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan batal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPM. Anda akan dihalang mendaftar semasa melapor diri.

 

S. Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar?

J. Boleh, tapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaiamanapun, MARA berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat.

 

S. Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?  

J. Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam panduan pelajar baru.  

 

S. Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan tawaran dikembalikan?

J. Tidak

 

S. Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai  pengajian di KPM?

J. Tidak perlu. KPM adalah kolej bantuan penuh kerajaaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM.

 

S. Siapakah yang layak menerima elaun pelatih?  

J. Semua pelajar yang mematuhi syarat yang berkuatkuasa.  

 

S. Adakah saya layak tinggal di asrama?

J. Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2) diberi kemudahan.

 

S. Adakah kolej menganjurkan program-program kerohanian?

J. Ada. Bermula sem. ini, semua kolej diminta untuk menggunakan modul Ulul Albab yang diguna pakai oleh semua Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA.

 

S. Bagaimana sekiranya saya ditamatkan pengajian?

J. Para pelajar yang gagal menamatkan pengajian atas faktor disiplin atau akademik pihak MARA berhak menuntut kembali semua perbelanjaan yang telah dibelanjakan.  

 

S. Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?

J. Tidak. Walau bagaimanapun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej. (harga makanan dikawal oleh pihak kolej).

 

S. Berapakah elaun yang saya perolehi?

J. Diploma :RM300.00 sebulan
   PIP : RM260.00 sebulan

 

S. Kemanakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?

J. 1. Melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS.

   2. Mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan.

   3. Memulakan perniagaan sama ada sendiri atau melalui bantuan daripada pihak MARA.

 

S. Adakah kesemua program pengajian di KPM Indera Mahkota telah mendapat pengiktirafan MQA?

J. Ya.

 

S. Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah di IPTA/S , adakah IPTA/S ini memberi pemindahan kredit?

J. Bergantung kepada IPTA/S berkenaaan.

 

S. Apakah peranan penasihat homeroom?

J. Penasihat homeroom bertindak sebagai tempat rujukan pelajar dari segi akademik dan isu isu peribadi pelajar.

 

S. Adakah saya boleh menangguhkan pengajian?

J. Boleh. Setelah mendapat kebenaran dari BPT.

 

S. Adakah pelajar KPM dikehendaki menjalani latihan industri?

J. Tidak semua pelajar KPM wajib menjalani latihan industri. Bergantung kepada kursus.