Profil Pengarah

 

DR. ROSELENA BINTI MANSOR
Pengarah KPM Indera Mahkota, Pahang

PhD. (Pentadbiran Pendidikan) (UKM), MEduc (Pentadbiran Pendidikan) (UKM), Dip. Lanjutan Pendidikan (UTM), BSc. (Computer Science) (Purdue Univ, USA)

 

Dilantik sebagai Pengarah KPM Indera Mahkota pada 18 Disember 2018. Telah berkhidmat dengan MARA selama 33 tahun di pelbagai pusat pendidikan dan di Ibu Pejabat MARA. Bermula dengan kerjaya di MARA sebagai Guru Komputer di MRSM Terendak pada tahun 1986, di MRSM Balik Pulau pada tahun 1991 dan di Institut Perdagangan MARA Kuala Lumpur pada 1994. Mulai tahun 1998, skop kerja beliau lebih tertumpu kepada pentadbiran pendidikan dengan memegang jawatan sebagai Penolong Pengetua bermula di Kolej Profesional MARA Beranang dan kemudian bertugas sebagai Pegawai Kualiti di Bahagaian Pendidikan Profesional (yang kini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Tinggi) dan di Unit Naziran dan Kualiti MARA. Tempat bertugas terakhir sebelum berkhidmat di KPM Indera Mahkota ialah di Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, sebagai Timbalan Pengarah I (Pembangunan Pengajian), selama hampir empat tahun.

TOP