KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA

call  09-5736304 / 6346
fax  09-5736423
Email  webmaster@kpmim.edu.my

 

 

Monday, 20th November 2017

Unit Kokurikulum

PELAKSANAAN KOKURIKULUM KOLEJ PROFESIONAL MARA

Aktiviti Kokurikulum telah mula diperkenalkan pada 1997 di Kolej Profesional MARA sebagai subjek wajib ambil tanpa diberikan mata kredit. Mulai Ambilan Julai 2006 Kursus Kokurikulum telah diwajibkan sepertimana kursus - kursus teras dan wajib lain. Ini bermakna, setiap kegiatan yang diceburi oleh para pelajar akan diberi jam kredit dan ianya disyaratkan lulus untuk melayakkan penganugerahan Diploma bagi semua program peringkat diploma (termasuk Higher National Diploma) di KPM.

  • Aktiviti Kokurikulum ini digarap untuk memenuhi ciri-ciri berikut:-
  • Fleksibel
  • Memenuhi semua citarasa (berkumpulan/individu)
  • Penglibatan kesemua pelajar dan warga kolej
  • Pendekatan berorientasikan pelajar

 

OBJEKTIF: AKTIVITI KOKURIKULUM

  • Untuk memenuhi hasrat KPM mewujudkan pendidikan seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi graduan yang lebih matang.
  • Untuk melatih aspek kepimpinan dengan menitikberatkan disiplin, organisasi dan kerjasama kumpulan dalam kalangan pelajar.
  • Untuk memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran diri terutama dalam bidang keusahawanan.
  • Untuk memupuk semangat kerjasama dan mementingkan keharmonian persekitaran.
  • Memenuhi aspirasi Kerangka Tansformasi Strategik MARA 2011-2020 untuk melahirkan modal insan global dan berintegriti.

 

TERAS KHIDMAT MASYARAKAT 

  • Aktiviti ini membantu meningkatkan tahap kebersihan kolej.
  • Kolej dapat mengoptimumkan plan pembangunan "bumi hijau" kolej yang menjadi teraju kepada kecerian dan menjaga imej ' kolej di mata organisasi dan masyarakat setempat.
  • Pelajar memainkan peranan dalam menjaga kampus dengan menjadi lebih ceria, bersih dan kondusif untuk suasana pembelajaran.
  • Pelajar perlu dipupuk dengan semangat " ownership" dan sifat menghargai kampus masing-masing.

 

SENARAI KURSUS KOKURIKULUM 

 

  • BADAN BERUNIFORM
    • Kadet Bomba
    • Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)
  • KELAB DAN PERSATUAN
    • Kelab Kembara
    • Kelab Seni dan Kebudayaan
    • Kesihatan dan Kecergasan
    • Seni Persembahan
    • Seni Muzik
    • Nasyid
    • Frisbe
  • SUKAN
    • Bola Sepak
    • Bola Jaring
    • Badminton
    • Bola Tampar
    • Ragbi
    • Ping Pong
    • Sepak Takraw
    • Tenpin Boling
    • Petanque
    • Futsal
    • Catur
    • Memanah

Jadual Penggunaan Gimnasium

Borang Pinjaman Alatan Sukan