KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA

call  09-5736304 / 6346
fax  09-5736423
Email  webmaster@kpmim.edu.my

 

 

Saturday, 23rd September 2017

Tugas felo

 

TUGAS KETUA FELO ASRAMA:


1. Bertanggungjawab mengenai dasar dan tatatertib felo asrama.

2. Bertugas sebagai pegawai kerja yang menentukan segala tugas felo asrama dilaksanakan dengan memuaskan.

3. Memeriksa buku laporan harian felo asrama dan melaporkannya kepada pengarah.

4. Mengadakan mesyuarat dengan felo asrama sekurang-kurangnya sebulan sekali dan merekodkan mesyuarat tersebut untuk dikemukan kepada pengarah.

TUGAS FELO ASRAMA:

1. Menyediakan Jadual Harian Asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhinya.

2. Bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni-penghuni mematuhi peraturan-peraturan asrama.

3. Bertanggungjawab atas kelakuan penghuni-penghuni.

4. Mengawas keluar masuk penghuni-penghuni pada masa cuti, hujung minggu dan pada masa tertentu seperti bermalam di luar.

5. Bertanggungjawab atas semua soal makanan, termasuk menu asrama, sekiranya tiada Penyelia Asrama.

6. Merancang dan mengawas kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani, jasmani dan sosial yang sihat di kalangan penghuni-penghuni.

7. Mengambil tindakan yang sesuai untuk mendapatkan rawatan bagi penghuni-penghuni yang sakit.

8. Mengawas kebersihan diri penghuni dan seluruh bangunan dan kawasan asrama.

9. Menjalankan latihan api (fire drill) sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu penggal bagi penghuni asrama.

10. Mengawas keselamatan diri dan barang-barang penghuni.

11. Bertanggungjawab atas keselamatan bangunan dan alatan asrama dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membaiki sebarang kerosakan.

12. Mengawas penggunaan air dan elektrik oleh penghuni-penghuni supaya tidak melebihi had yang telah ditentukan.

13. Bertanggungjawab atas pemungutan yuran asrama dan perkara berkaitan kewangan asrama dan menyelenggarakan rekod-rekod berhubung dengannya seperti Buku Kira-Kira, Buku Resit dan buku Stok, jika tiada Penyelia Asrama.

14. Mengawas kerja kakitangan asrama.

15. Mengawas keluar masuk pelawat-pelawat dan menentukan tidak ada pelawat-pelawat yang tidak diingini datang ke asrama.

16. Menyediakan laporan harian asrama untuk dikemukakan kepada pengarah pada tiap-tiap hujung minggu. Sekiranya berlaku sesuatu kecemasan, Pengarah hendaklah dihubungi dengan serta merta.