KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA

call  09-5736304 / 6346
fax  09-5736423

 

Thursday, 13th December 2018

Diploma in English Communication

Diploma in English Communication (DEC) adalah program yang di tawarkan di KPM Indera Mahkota sejak tahun 2005 manakala di KPM Seri Iskandar, Perak bermula Julai 2016. Jangkamasa pengajian adalah selama dua tahun dan empat bulan.  Secara umumnya, program ini menyediakan para pelajar dengan kemahiran berbahasa Inggeris untuk komunikasi yang berjaya . Ia mengintegrasikan 4 kemahiran bahasa (kemahiran mendengar, berbicara, membaca dan menulis) di dalam pelbagai disiplin seperti komunikasi media, perniagaan dan tempat kerja, hubungan antarabangsa, dan pengurusan sumber manusia.  Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan penyelesaian masalah, ICT, kemahiran keusahawanan disamping mempelajari Bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga.

Setiap pelajar akan menjalani latihan praktikal selama 16 minggu pada semester akhir di pelbagai industri yang berkaitan. Lulusan yang berjaya berpeluang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan komunikasi, kewartawanan, media, pentadbiran, sumber manusia, penerbitan, pemasaran, perhubungan awam dan lain-lain.