Diploma in English Communication

Jangka masa program : 2 ½ tahun

Diploma in English Communication (DEC) adalah program yang di tawarkan di KPM Indera Mahkota sejak tahun 2005 manakala di KPM Seri Iskandar, Perak bermula Julai 2016. Jangkamasa pengajian adalah selama dua tahun dan empat bulan. Secara umumnya, program ini menyediakan para pelajar dengan kemahiran berbahasa Inggeris untuk komunikasi yang berjaya . Ia mengintegrasikan 4 kemahiran bahasa (kemahiran mendengar, berbicara, membaca dan menulis) di dalam pelbagai disiplin seperti komunikasi media, perniagaan dan tempat kerja, hubungan antarabangsa, dan pengurusan sumber manusia. Pelajar juga didedahkan dengan kemahiran berfikir secara kreatif, kritis dan penyelesaian masalah, ICT, kemahiran keusahawanan disamping mempelajari Bahasa Mandarin sebagai bahasa ketiga.

Setiap pelajar akan menjalani latihan praktikal selama 16 minggu pada semester akhir di pelbagai industri yang berkaitan. Lulusan yang berjaya berpeluang bekerja di sektor kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan komunikasi, kewartawanan, media, pentadbiran, sumber manusia, penerbitan, pemasaran, perhubungan awam dan lain-lain.

PROSPEK KERJAYA:

  • Pegawai Tadbir
  • Wartawan
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pegawai Sumber Manusia
  • Pembantu Penyunting
  • Event Manager
TOP