KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA

call  09-5736304 / 6346
fax  09-5736423
Email  webmaster@kpmim.edu.my

 

 

Saturday, 23rd September 2017

UNIT PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN (UPP)

PENGENALAN

Unit Peperiksaan & Persijilan Kolej Profesional MARA Indera Mahkota terdiri daripada seorang Ketua Unit, seorang Pembantu Tadbir (UPP) dan dibantu oleh sepuluh orang ahli jawatankuasa yang dilantik dari kalangan pensyarah KPMIM.

Unit Peperiksaan & Persijilan bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester mengikut takwim yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA. Selain menguruskan peperiksaan peringkat institusi, unit ini juga mengurus dan mengendalikan peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Majlis Peperiksaan Malaysia seperti peperiksaan MUET serta peperiksaan yang dianjurkan oleh badan peperiksaan swasta seperti peperiksaan UBS Accounting.

Unit Peperiksaan & Persijilan bertangunggjawab membantu Bahagian Akademik Kolej  terhadap segala aktiviti berhubung penyedian soalan, peperiksaan, persijilan dan dokumentasi akademik di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota mengikut peruntukan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi,  MARA.

 

VISI

  • Ke arah pengurusan dan pengendalian peperiksaan yang berkesan serta dokumentasi persijilan yang dipercayai

MISI

  • Menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan yang dipertanggungjawabkan dengan cekap, selamat dan sempurna serta terjamin kualitinya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.
  • Memproses serta mengeluarkan keputusan peperiksaan & persijilan dengan cepat, tepat dan adil.

 

OBJEKTIF

  • Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan yang ditakwimkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi, MARA dengan baik, tersusun dan lancar.
  • Merancang, mengurus dan mengawal bagi memastikan proses pengubalan soalan, urusan peperiksaan dan urusan persijilan dapat dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah.
  • Memastikan segala keperluan & kemudahan peperiksaan mencukupi dan  berada dalam keadan baik bagi menjamin keselesaan semua pelajar yang mengambil peperiksaan.
  • Menyediakan analisis dan laporan terperinci pencapaian pelajar dalam semua peperiksaan dan menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak yang terlibat dalam usaha memajukan bidang pendidikan bumiputera.
  • Memastikan proses  menyampaikan keputusan peperiksaan dan urusan persijilan kepada pihak yang berkenaan dapat dilakukan dengan cepat, adil dan dipercayai.